Blogger Template by Blogcrowds

Participant : University Tun Hussein Onn Malaysia Student only


Due date : 12 August 2009


Request Items :

  1. ONE PHOTOSTAT IDENTIFICATION CARD MALAYSIAN
  2. ONE COPY SPM/STPM/MATRICULATION/DIPLOMA/UTHM TRANS-KIP SLIM
  3. ONE PASSPORT SIZE PHOTO
  4. RM 70.00/person

Pls download the CIDB green card application form from :

http://www.cidb.gov.my/v6/files/upp1latest.pdf


Date : 30 August 2009


Organized By : WONG CHUN SIANG



Contract Email address : nick_wong_0324@hotmail.com



Contract Number : 013-7566931



*All Requested Items can cop and Sign by Officer Hal Ehwal Pelajar UTHM or Penasihat Academic i
f any necessary.



Safety and Health in Construction Note Book are provided.

Free one Safety Helmet.


What is the CIDB Green Card?

This is an integrated program that involves the registration and accreditation of Construction Personnel to enhance safety levels at Construction work sites.

Why must you register?

  • To ensure that Construction Workers are aware of the importance a safe and healthy working place;
  • To provide a basic knowledge on safety and health at the Construction work site;
  • To inform Construction Workers of the legal requirements in relation to safety and health.
  • Automatically covered by a special Insurance Scheme that insures the Construction Personnel against death and accidents.

Who should register?

All personnel working in Construction Sites.

When to register?

Now! If you are working in Construction Sites, you must obtain your Green Card before entering the Construction Site.

Green Card Registration

What is the CIDB Green Card?

This is an integrated program that involves the registration and accreditation of Construction Personnel to enhance safety levels at Construction work sites.

Why must you register?

· To ensure that Construction Workers are aware of the importance a safe and healthy working place;

· To provide a basic knowledge on safety and health at the Construction work site;

· To inform Construction Workers of the legal requirements in relation to safety and health.

· Automatically covered by a special Insurance Scheme that insures the Construction Personnel against death and accidents.


Who should register?

All personnel working in Construction Sites.

When to register?

Now! If you are working in Construction Sites, you must obtain your Green Card before entering the Construction Site.

Where to register?

Come and visit us at CIDB Headquarters, Regional Offices or Branches.



· Terms and conditions of CIDB Green Card insurance coverage

· National Circular for CIDB Green Card 2000

· National Circular for CIDB Green Card 2001

· CIDB Headquaters, Regional Officers and Branch directory

· UPP1 Form and Registration Procedures


Category Classification

General Worker - GW
A general worker who does not require special skills. General workers does the general works at the construction site.

GW - General Worker
GL - Local General Worker
GF - Foreign General Worker

Semi-Skilled Construction Worker- XW

A worker who owns certain skills in one or more trade which is not listed in Table 3, Act 520, which is acceptable and determined by CIDB.

XW - Semi-Skilled Construction Worker
XL - Local Semi-Skilled Worker
XF - Foreign Semi-Skilled Worker

Skilled Construction Worker
A worker who owns certain skills in one or more trade which is listed in Table 3, Act 520, which is acceptable and determined by CIDB.

SW - Skilled Construction Worker
WL - Local Skilled Worker
WF - Foreign Skilled Worker

Construction Site Supervisor
A worker who is in charge to supervise works carried out in construction site.

SS - Construction Site Supervisor
SL - Local Site Supervisor
SF - Foreign Site Supervisor

Construction Site Manager
A worker who is in charged to manage works carried out in construction site.

MG- Construction Site Manager
ML - Local Site Manager
MF - Foreign Site Supervisor

Site Administrative Personnel
A worker who is incharge of administration at the construction site.

AD - Site Administrative Personnel
AL - Local Site Administrative Personnel
AF - Foreign Site Administrative Personnel


Construction Personnel Accreditation

"The Board must accredit and acknowledge skilled construction workers and construction site supervisors according to the predefined methods."

ACT 520, Part VII
Accreditation and Acknowledgement of Skilled Construction Workers
and Site Construction Supervisors
Section 32.(1)

The accreditation process involves all skilled workers and site supervisors from local to foreign workers.

Takaful Scope Coverage for Construction Personnel

All card holders aged between 16 to 65 years will be covered 24 hours (working and non-working hours) around the globe.

Takaful Benefit Scope

Benefit Amount (RM)

Accidental Death

21,000.00

Disability Due to Accident

Maximum 18,000.00

Normal Death

3,000.00

Whole-body Disability

3,000.00

Funeral Expenses

500.00

Hospital Benefits Due to Accidents

25.00/day (maximum 30 days)

Takaful Claim Procedures

  1. Accident occurs within valid period of the green card.
  2. Applicant/nominee must forward the UPPT 1 duly completed claim form not more than 60 days from the date of accident.
  3. The Green Card Holder does not have any criminal offenses

γf partial safety factor for load


γm partial safety factor for strength of materials


En nominal earth load


Gk characteristic dead load


Qk characteristic imposed load


Wk characteristic wind load


fcu characteristic strength of concrete


fy characteristic strength of reinforcement


fpu characteristic strength of prestressing tendon



BORANG PERJANJIAN STANDARD PAM (MENGGUNA KUANTITI) EDISI 1998
SYARAT-SYARAT


Fasal 1: Obligasi Kontraktor

1.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Kerja dengan menepati Dokumen Kontrak. Bahan-bahan, barang-barang dan mutu kerja hendaklah menurut kualiti dan piawaian yang dinyatakan sehingga memuaskan hati Arkitek dengan munasabah. Kontraktor bertanggungjawab ke atas kecukupan, kestabilan dan keselamatan segala operasi di tapak dan kaedah pembinaan.

1.2 Jika kontraktor menemui sebarang percanggahan atau pemesongan di antara Lukisan Kontrak dan Senarai Bahan, dia hendaklah memaklumkan kepada Arkitek dengan notis bertulis mengenai percanggahan atau pemesongan tersebut.

Kemudian, Arkitek hendaklah mengeluarkan arahan berhubung dengan perkara tersebut.

Fasal 2 : Arahan Arkitek

2.1 Kontraktor hendaklah ( tertakluk kepada subfasal (2) dan (3) mematuhi semua arahan Arkitek yang mana Arkitek diberi kuasa secara nyata di bawah peruntukan untuk mengeluarkan arahan.

2.2 Jika Kontaktor tidak mematuhi arahan Arkitek dalam tempoh 7 hari selepas menerima notis bertulis, Majikan boleh mengupah orang lain untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut dan kos terlibat dituntut sebagai hutang atau dipotong dari wang yang kena dibayar kepada Kontraktor.

2.3 Apabila menerima arahan Arkitek, Kontraktor boleh meminta Arkitek memberi keterangan bertulis mengenai peruntukan yang memberi kuasa kepadanya untuk mengeluarkan arahan tersebut. Arkitek hendaklah mematuhi permintaan ini.

2.4 Jika selepas mendapat keterangan Arkitek, Kontraktor kemudiannya mematuhi arahan tersebut, arahan itu disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah peruntukan kontrak ( jika tiada rujukan ke timbang tara untuk menetapkan sama ada peruntukan yang diterangkan itu membawa maksud member kuasa arahan ).

2.5 Arahan Arkitek mestilah bertulis

Arahan yang diberi selain dari bertulis ( contoh , lisan ) tidak berkuat kuasa kecuali dengan mendapat pengesahan.

Kontraktor hendaklah mendapatkan pengesahan arahan lisan dengan menulis kepada Arkitek dalam tempoh 7 hari selepas menerima arahan ; dan jika Arkitek tidak membantah secara bertulis secara bertulis kepada Kontraktor dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan pengesahan Kontraktor itu, arahan tersebut berkuat kuasa mulai dari tarikh pengesahan Kontraktor itu dikeluarkan.

i. Jika Arkitek dengan sendiri mengesahkan secara bertuliss dalam masa 7 hari selepas memberi pengesahan seperti di atas. Arahan tersebut berkuat kuasa mulai dari tarikh pengesahan Arkitek itu.

ii. Jika Arkitek atau Kontraktor tidak menuruti proses pengesahan arahan lisan seperti di atas, tetapi Kontraktor telah pun mematuhi arahan tersebut, Arkitek boleh ( bukan mesti ) mengesahkannya pada bila-bila masa sebelum Sijil Muktamad dikeluarkan. Arahan tersebut disifatkan sebagai berkuat kuasa mulai dari tarikh arahan itu diberi.

2.6 Dalam tempoh 14 hari selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan, Kontraktor hendaklah memaklumkan Arkitek secara bertulis sebarang pertukaran alamat.

Jika Kontraktor gagal berbuat demikian, segala notis dan arahan yang telah dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat yang ternyata di dalam kontrak, disifatkan sebagai telah sah dihantar. Notis-notis dan arahan-arahan juga disifatkan sebagai telah dihantar sekira ianya ditinggalkan di perjabat tapak dan memperolehi resit akaun terima ejen tapak Kontraktor.

Fasal 3: Dokumen – Dokumen Kontrak

3.1
Dokumen-dokumen Kontrak adalah dalam jagaan Arkitek, Jurutera atau Juruukur Bahan bagi membolehkan Majikan atau Kontraktor menyemak.

Dokumen Kontrak terdiri dari : Lukisan Kontrak, Senarai Bahan, Ringkasan Tender, Borang Tender, Surat Setuju Terima, Perkara Perjanjian, Syarat-Syarat Kontrak dan Lampiran-Lampiran.

3.2 Arkitek hendaklah memberi Kontraktor dengan percuma :
i. Satu salinan Dokumen Kontrak yang diperakui benar ;
ii. Dua (2) salinan Lukisan-Lukisan Kontrak ; dan
iii. Dua (2) salinan Senarai Bahan yang belum diharga dan ( jika diminta oleh Kontraktor ) satu salinan Senarai Bahan yang telah dihargakan.

3.3 Arkitek hendaklah dengan percuma memberi dua salinan lukisan-lukisan atau butir-butir selanjutnya bagi menghuraikan Lukisan Kontrak atau bagi membolehkan Kontraktor membina dan menyiapkan Kerja. Dengan syarat, Kontraktor sentiasa memberi dengan memadai notis bertulis tentang keperluan mendapat lukisan-lukisan dan butir-butir tersebut.

3.4 Dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengeluaran Surat Setuju Terima, Kontraktor hendaklah dengan percuma, memberi Arkitek dua salinan Program Kerja bagi perlaksanaan Kerja.

3.5 Program Kerja, sama ada diperlukan oleh Syarat Tender atau Kontrak Dokumen, tidak menjadi sebahagian atau termasuk dalam Dokumen Kontrak.

3.6 Program Kerja yang diserah hantar atau yang diluluskan oleh Arkitek tidak melepaskan Kontraktor dari obligasi dan tanggungjawadnya di Kontrak.

3.7 Kontraktor hendaklah menyimpan satu salinan dokumen-dokumen seperti yang disebut dalam fasal 3.2, fasal 3.3 dan fasal 3.4 di tapak bina untuk kegunaan Arkitek atau wakilnya.

3.8 Selepas bayaran muktamad ( di bawah fasal 30.7 ) , Kontraktor hendaklah memulangkan semua dokumen yang ada tercatit nama Arkitek, jika diminta oleh Arkitek.

3.9 Dokumen Kontrak yang disebut di atas tidak boleh digunakan oleh man-mana pihak bagi apa-apa maksud selain dari kontrak ini.

3.10 Dalam masa 3 bulan dari bermulanya Tempoh Liabiliti Kecacatan, Kontraktor hendaklah dengan percuma memberi Majikan 2 salinan Lukisan As-Build dan penerangan mengenai penyelenggaraan, operasi dan pemasangan Kerja.

Fasal 4: Obligasi Statutori, Notis-Notis Fee dan Caj-Caj


4.1 Kontraktor hendaklah mematuhi dan memberi segala notis statutory, peraturan dan undang-undang kecil dan sebagainya yang berkaitan dengan Kerja.

4.2 Jika terdapat percanggahan di antara dokumen kontrak dan kehendak statutori, sebelum membuat apa-apa perubahan yang berkaitan, Kontraktor hendaklah memaklumkan Arkitek secara notis bertulis akan percanggahan dan alas an bagi sesuatu perubahan.

[ Perhatikan bahawa menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk memberi notis mengenai perubahan yang diperlukan untuk mematuhi kehendak statutori, peraturan dan sebagainya.]

4.3 Jika Kontraktor tidak menerima sebarang maklum balas dari Arkitek dalam masa 7 hari selepas notis tersebut diberi, Kontraktor boleh terus melaksanakan kerja perubahan dan ianya disifatkan sebagai telah diarahkan oleh Arkitek.

4.4 Kontraktor hendaklah membayar dan menanggung rugi Majikan terhadap liabiliti berhubung dengan semua fee dan caj statutori yang berkaitan dengan perlaksanaan Kerja.

Jumlah fee and caj ini ditambah ke Jumalah Harga Kontrak melainkan :


i. Wang kos prima dimasukkan dalam Senarai Bahan atau yang timbul atas arahan Arkitek di bawah fasal 11.3 untuk kerja-kerja, bahan, barang-barang yang dibekalkan oleh pihak berkuasa ; atau
ii. Ternyata secara wang peruntukan sementara dalam Senarai Bahan.

Fasal 5: Aras-Aras dan Pancang-Tanda Kerja-Kerja


5.1 Arkitek hendaklah menentukan apa-apa aras dan memberi Kontraktor lukisan berdimensi bagi membolehkan Kontraktor memancang tanda Kerja di aras bumi.
Kontraktor bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan pemancangan tanda yang berbangkit dari kesilapan sendiri dan membetulan segala kesilapan dengan perbelanjaannya sendiri.

Arkitek boleh membenarkan kesilapan tersebut tanpa pembetulan, kemudian membuat potongan yang selaras pada Jumlah Harga Kontrak mengikut kerugian nilai kepada Majikan atau pengurangan kos kepada Kontraktor berbangkit dari kesilapan tersebut, yang mana lebih besar.

Fasal 6: Bahan , Borang dan Mutu Kerja Mematuhi Huraian , Pengujian dan Pemeriksaan

6.1 Semua bahan, barang dan mutu kerja hendaklah seperti jenis dan piawai yang dihantarkan di dalam Dokumen Kontrak.

6.2 Apabila diminta oleh Arkitek, Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar-baucar sebagai bukti bahawa bahan-bahan dan barang-barang mematuhi fasal 6.1 dan arahan-arahan Arkitek.

6.3 Kontraktor hendaklah menyediakan sampel-sampel bagi bahan atau barang-barang sebelum ianya dipasangkan untuk pengujian apabila diminta oleh Arkitek.

Arkitek boleh mengeluarkan arahan mendedahkan mana-mana kerja yang tertutup untuk pemeriksaan, atau pengujian bahan dan barang yang sama ada sebuah berpasang atau belum, atau Arkitek berpendapat pemeriksaan dan/atau pengujian perlu akibat dari kegagalan dan pengingkaran Kontraktor sebelum ini.

Kos yang terlibat ditambah ke Jumlah Harga Kontrak melainkan ianya telah dimasukkan dalam Senarai Bahan, atau pemeriksaan atau pengujian itu menunjukkan kerja, bahan atau barang-barang itu tidak mematuhi Kontrak.

6.4 Jika semasa perjalanan Kerja Arkitek mendapati kerja-kerja, bahan, barang-barang atau mutu kerja tidak mematuhi Kontrak, dia boleh mengarahkan Kontraktor untuk :
i. Merobohkan dan membina semula kerja-kerja tersebut.
ii. Mengalihkan atau/dan tidak membawa bahan dan barang-barang ke tapak.

6.5 Jika Kontraktor gagal mematuhi arahan Arkitek ( bawah fasal 6 ), Majikan boleh mengupah orang lain untuk melaksanakan kerja tersebut dan kos terlibat dituntut dari Kontraktor.


Fasal 7: Royalti dan Hak Paten

7.1 Kontraktor hendaklah membayar royalty dan menanggung rugi Majikan terhadap segala tuntutan atau pelanggaran peraturan hak paten yang berkaitan dengan perlaksanaan kerja. Pembayaran ini disifatkan sebagai telah termasuk dalam Jumlah Harga Kontrak.

7.2 Jika Kontraktor mengguna barangan berpaten kerana mematuhi arahan Arkitek, Kontraktor tidak bertanggungjawab terhadap pelanggaran peraturan tersebut, dan bayaran-bayaran atau ganti rugi ini ditambah ke Jumalah Harga Kontrak.

Fasal 8: Ejen Tapak

8.1 Kontraktor hendaklah sentiasa menempatkan di tapak bina, Ejen Tapak yang kompeten ( disifatkan sebagai ejen Kontraktor ) dan pembantu-pembantu kerja.

8.2 Ejen Tapak dan pembantu-pembantunya mestilah berupaya memahami arahan lisan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Arahan-arahan yang diberi kepada mereka-mereka ini oleh Arkitek dan/atau Staf Tapak disifatkan sebagai telah diberi kepada Kontraktor.

8.3 Pelantikan dan penyingkiran Ejen Tapak adalah mengikut budi bicara Arkitek. Arkitek boleh mengeluarkan arahan ( tetapi tidak dengan tidak munasabah atau dengan niat menyukarkan ) memecat mana-mana kakitangan ( Kontraktor ) di tapak bina.

Fasal 9: Arkitek Mempunyai Akses kepada Kerja


9.1 Pada setiap masa, Arkitek dan wakil-wakilnya mempunyai akses ke tempat Kerja dank e bengkel-bengkel kepunyaan Kontraktor. Kontraktor hendaklah mendapatkan hak akses yang serupa bagi Arkitek dan wakil-wakilnya ke bengel-bengkel Subkontraktor atau Subkontraktor dinamakan dengan memasukkan fasal-fasal yang patut dalam subkontraktor.

Fasal 10: Staf Tapak

10.1 Majikan berhak melantik Arkitek Residen, Jurutera Residen, Kerani Tapak dan lain-lain sebagai Staf Tapak berperanan sebagai pemeriksa-pemeriksa bagi pihak Majikan. Mereka ini di bawah pengarahan Arkitek. Kontraktor hendaklah menyediakan fasilitiyang munasabah untuk mereka.

10.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Staf Tapak tidak akan berkuat kuasa melainkan ianya mengenai perkara yang Arkitek berkuasa mengeluarkan, dan kemudiannya disahkan secara bertulis oleh Arkitek dalam masa tiga ( 3 ) hari. Arahan tersebut berkuat kuasa pada tarikh pengesahan dikeluarkan dan disifatkan arahan Arkitek.

Fasal 11:Perubahan, Wang Kos Peruntukan Sementara dan Prima

11.1 Takrif perubahan :

i. Pindaan atau pengubahsuaian ke atas reka bentuk, kuanliti atau kuantiti kerja seperti yang tertunjuk dalam Lukisan-Lukisan Kontrak dan Senarai Bahan.

ii. Tambahan, pengguguran atau penggantian apap-apa kerja.

iii. Perubahan ke atas jenis atau piawaian apa-apa bahan atau barang-barang.

iv. Pengalihan dari tapak bina apa-apa kerja, bahan atau barang-barang ( selain dari yang tidak mematuhi Kontrak ini ).

v. Pengubahan yang dikenakan oleh Majikan ke atas obligasi atau had yang diperuntukkan berkenaan waktu kerja, ruang kerja, akses, penggunaan kawasan tapak dan turutan perlaksanaan kerja.

vi. Perubahan yang mengubah penggunaan kesudahan Kerja atau ke atas obligasi dan/atau had kaedah pembinaan Kontraktor, tetapi tidak termasuk arahan bagi membetulkan kegagalan Kontraktor memenuhi peruntukam.

11.2 Arkitek boleh mengeluarkan arahan-arahan bila berkehendakkan sesuatu perubahan. Arkitek boleh membenarkan secara bertulis [ menurut budi bicaranya ] kerja perubahan yang telah dilakukan oleh Kontraktor tetapi belum mendapatkan dulu arahan Arkitek yang sepatutnya.

Tiada apa-apa perubahan yang dikehendaki oleh Arkitek atau yang dibenarkan kemudiannya boleh membatalakn kontrak ini.

11.3 Arkitek hendaklah mengeluarkan arahan berkenaan

i. Perbelanjaan wang kos prima (termasuk yang timbul dari arahan Arkitek) dan wang peruntukkan sementara yang ternyata dalam Senarai Bahan.

ii. Pembelanjaan wang peruntukkan sementara yang termasuk dalam subkontraktor.

11.4 Segala kerja perubahan dan kerja yang dilaksanakan di bawah wang peruntukan sementara diukur dan dinilai oleh Arkitek atau Juruukur Bahan ( diarahkan oleh Arkitek ). Kontraktor hendaklah diberi kesempatan untuk hadir semasa pengukuran.

11.5 Kaedah pernilaina kerja perubahan termasuk kerja yang dilaksanakan di bawah wang perunutkan sementara :

i. Jika kerja serupa jenis dan dilaksanakan di bawah keadaan yang sama, kadar harga dalam Senarai Bahan digunakan.

ii. Jika kerja tidak sama jenis atau tidak dilaksanakan di bawah keadaan yang sama, kadar harga dalam Senarai Bahan menjadi asas kadar harga bagi kerja itu setakat mana yang berpatutuan ; jika harga tersebut tidak boleh dipakai, suatu pernilaian yang saksama hendaklah dibuat.

iii. Jika kerja tidak dapat diukur atau dinilai dengan sewajarnya, Kontraktor hendaklah dibenarkan

· Harga kerja hari yang lazim pada masa kerja itu dilaksanakan; atau

· Harga kerja hari yang disebut dalam Senarai Bahan; atau

· Jika tiada kadar yang disebut, kos bersih sebenar bahan-bahan, pengangkutan dan buruh ditambah lima belas peratus (peratusan ini termasuk penggunaan loji, alat, peranca, penyeliaan, perbelanjaan asas dan keuntungan).

Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar yang menyatakan masa, mana-mana buruh yang diambil bekerja dan bahan yang digunakan kepada Arkitek atau Juruukur Bahan untuk pemeriksaan, tidak lewat dari 7 hari selepas kerja itu dijalankan.

iv. Jika kerja digugurkan, ianya dinilaikan dengan mengguna kadar harga dalam Senarai Bahan; jika pengguguran tersebut menyebabkan keadaan kerja selebihnya berubah dengan besar, kerja selebihnya itu dinilaikan di bawah fasal 11.5 ii.

v. Nilai kerja perubahan dimasukkan ke dalam Perakuan Interim berikutnya dan Jumlah Harga Kontrak hendaklah diselaraskan.

11.6 Jika dalam melaksanakan kerja perubahan Kontraktor telah menanggung kerugian secara langsung dan/atau perbelanjan (yang tidak akan diganti bayar di bawah mana-mana peruntukan kontrak ini), Kontraktor boleh menuntut arahan tersebut dengan membuat permohonan bertulis kepada Arkitek.

Permohoan bertulis itu hendaklah dibuat dalam tempoh yang berpatutan setelah kerugian itu berlaku.

Jika Arkitek berpendapat Kontraktor telah menanggung kerugian secara langsung dan / atau perbelanjaan, Arkitek hendaklah menentukan amaun tersebut.

Amaun yang telah ditentukan itu dimasukkan dalam Perakuan Interim berikutnya dan ditambah ke Jumlah Harga Kontrak.

11.7 Kontraktor hendaklah menyerah hantar butir-butir yang perlu untuk menyokong permohoan amaun kerugian/perbelanjaan,jika diminta oleh Arkitek.

Fasal 12:Senarai Bahan

12.1 Kualiti and kuantiti kerja yang termasuk dalam Jumlah Harga Kontrak disifatkan

sebagai yang telah dinyatakan dalam Senarai Bahan.

Melainkan dinyatakan dengan khusus, Senarai Bahan disifatkan sebagai telah disediakan

mengikut prinsip-prinsip “ Standard Method of Measurement (SMM)”.

12.2 Jika timbul percanggahan di antara peruntukan kontrak dan Senarai Bahan, peruntukan kontrak diberi keutamaan ke atas Senarai Bahan.

12.3 Apa-apa kesilapan di dalam huraian, kuantiti atau item-item yang tertinggal antara lukisan kontrak dan Senarai Bahan tidak akan membatalkan kontrak tetapi hendaklah dibetulkan oleh Arkitek.

[ Pernilaian dibuat mengikut kaedah fasal 11.4. Perhatikan tiada peruntukan bagi Kontraktor untuk membetulkan kesilapan sendiri bagi harga atau hisab. ]

Fasal 13: Jumlah Harga Kontrak

13.1 Jumlah Harga Kontrak tidak boleh diselaraskan melainkan mengikut peruntukan kontrak dan tertakluk pada fasal 12.3 [ pembetulan kesilapan ]. Segala kesilapan hisab atau yang tertinggal dari dalam Jumlah Harga Kontrak disifatkan sebagai telah dipersetujui oleh pihak-pihak berkontrak.

Fasal 14: Bahan-bahan dan Barang-barang Tidak Pasang

14.1 Bahan-bahan dan barang-barang tidak pasang yang telah ditempatkan di tapak atau berdampingan, tidak boleh dialihkan melainkan dengan kebenaran bertulis dari Arkitek (hendaklah tidak ditahan dengan tidak munasabah).

14.2 Apabila Kontraktor telah menerima bayaran untuk bahan-bahan dan barang-barang tersebut melalui Perakuan Interim, ianya menjadi harta Majikan (tetapi tertakluk kepada fasal 20[B] dan fasal 20[C]). Kontraktor tetap terus bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan bahan-bahan atau barang-barang itu.

14.3 Kontraktor tidak boleh mengalih bahan-bahan dan barang-barang yang telah berbayar (dan menjadi harta Majikan) itu dari tempat simpanan.

14.4 Kontraktor terus bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan bahan-bahan atau barang-barang dank e atas kos menyimpan, penggunaan dan insuransnya.

Fasal 15: Penyiapan Kerja yang Praktikal dan Tempoh Liabiliti

15.1 Apabila Arkitek berpendapatan Kerja telah siap secara praktikal, Perakuan Penyiapan Kerja yang Praktikal dikeluarkan. Penyiapan Kerja yang Praktikal disifatkan bermula dari tarikh yang dinyatakan di dalam perakuan tersebut.

Penyiapan yang Praktikal tercapai apabila Kontraktor telah melaksanakan dan menyiapkan semua Kerja yang perlu seperti yang ternyata dalam kontrak dan kecacatan yang jelas adalah “de minimis”.

15.2 Arkitek hendaklah menyatakan dalam Jadual Kecacatan, apa-apa kecacatan, kekecutan atau kerosakan yang kelihatan semasa Tempoh Liabiliti Kecacatan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Kontrak.

Jadual kecacatan ini diberi kepada Kontraktor dalam tempoh 14 hari selepas tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan.

Selepas menerima jadual tersebut, Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan tersebut dalam masa yang berpatutan dengan kosnya sendiri (melainkan Arkitek mengarah sebaliknya, kos ditambah ke Jumlah Harga Kontrak).

[ Peruntukan kontrak tidak menetapkan had masa untuk masa yang berpatutan].

15.3 Arkitek boleh mengeluarkan arahan membaili kecacatan apabila difikirkan perlu [ dari bermulanya tempoh liability kecacatan hingga ke pengeluaran jadual kecacatan ]. Arkitek tidak dibenar mengeluarkan lagi arahan sepertinya selepas Jadual Kecacatan dikeluarkan atau selepas 14 hari tamatnya tempoh liability kecacatan.

Selepas menerima arahan membaiki kecacatan, Kontraktor hendaklah mengerjakannya dalam masa yang berpatutan dengan kosnya sendiri (melainkan Arkitek mengarah sebaliknya, kos ditambah ke Jumlah Harga Kotrak).

[ Jika Kontraktor tidak mematuhi arahan membaiki kecacatan, notis di bawah fasal 2.1 boleh diberi, dan jika tidak dipatuhi, orang lain boleh diupah untuk melaksanakannya dan kos dipotong dari baki wang yang akan dibayar kepada Kontraktor atau dari baki wang tahanan ].

15.4 Apabila Arkitek berpendapat kerja membaiki kecacatan tersebut telah siap. Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hendaklah dikeluarkan. Penyiapan membaiki kecacatan disifatkan bermula pada tarikh yang dinyatakan di dalam perakuan itu.

[ Tarikh Perakuan Penyiapan Kerja yang Praktikal memberi kesan-kesan berikut :

· Bermula Tempoh Liabiliti Kecacatan ( jika tidak dinyatakan, tempohnya ialah enam (6) bulan selepas tarikh penyiapan kerja yang praktikal ) seperti dalam fasal 15.2.

· Bermula pengukuran muktamad dan pernilaian seperti dalam fasal 30.5 ( jika tidak dinyatakan, tempohnya ialah enam (6) bulan dari tarikh yang dinyatakan dalam Perakuan Siap Kerja yang Praktikal ).

· Pelepasan setengah dari jumlah wang penahanan, fasal 30.4.

· Tamat obligasi Kontraktor untuk mengambil insurans kerja bawah obligasi Kontraktor untuk mengambil insuraans kerja bawah fasal 20[A], jika fasal ini digunakan.

· Tamat liabiliti untuk ganti rugi tertentu dan ditetapakan di bawah fasal 22.

· Perakuan interim yang lazim tidak dikeluarkan, fasal 30.1.

· Tamat liability Kontraktor untuk ganti rugi yang timbul dari obligasi menyiapkan kerja.

· Tiada sekatan terhadap membawa kes ke timbang tara, fasal 34.

· Membolehkan Majikan mengambil milik, Majikan perlu menyelaraskan insuransnya.

Penyiapan Siap Membaiki Kecacatan adalah syarat yang diperlukan untuk :

· Pelepasan baki wang tahunan, fasal 30.4 ( atau pada masa tamatnya Tempoh Liabiliti Kecacatan, mana yang terkemudian ).

· Perakuan Muktamad,fasal 30.6 ].

Fasal 16: Pemilikan Separa oleh Majikan

16.1 Majikan boleh, dengan persetujuan Kontraktor, mengambil milik mana-mana bahagian Kerja sebelum Kerja keseluruhannya mencapai penyiapan yang praktikal. Bahagian-bahagian itu disebut ‘bahagian berkenaan’.

i. Dalam masa 14 hari dari tarikh Majikan mengambil milik bahagian berkenaan, Arkitek hendaklah mengeluarkan perakuan yang menyatakan anggaran nilai bagi bahagian tersebut. Anggaran ini disifatkan sebagai jumlah nilai bahagian berkenaan.

ii. Bahagian berkenaan disifatkan telah mencapai penyiapan yang praktikal dan Tempoh Liabiliti Kecacatan bahagian tersebut disifatkan bermula pada tarikh pengambilan milik bagi maksud :

fasal 15.2 – jadual kecacatan

fasal 15.3-arahan mengenai kecacatan

iii. Apabila Arkitek berpendapat, kerja membaiki kecacatan telah siap bagi bahagian berkenaan, perakuan bagi maksud itu hendaklah dikeluarkan.

iv. Obligasi Kontraktor untuk menginsuranskan bahagian berkenaan di bawah fasal 20[A] tamat. Risiko ke atas bahagian yang berkenaan ditanggung sendiri oleh Majikan. Jumlah nilai insurans di bawah fasal 20[A] dikurangkan mengikut kadar jumlah nilai bagi bahagian berkenaan berbanding berkenaan itu.

v. Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan di bawah fasal 22, dikurangkan mengikut kadar jumlah nilai bagi bahagian berkenaan berbanding dengan Jumlah Harga Kontrak.

[ Liabiliti ke atas Kontraktor untuk membayar Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan untuk bahagian berkenaan tamat. ]

vi. Dalam masa 14 hari dari tarikh pengambilan milik bahagian berkenaan, Kontraktor hendaklah dibayar sebahagian wang tahanan secara pro rata.

vii. Setelah tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan atau pengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan bagi bahagian berkenaan, yang mana terkemudian, Kontraktor hendaklah dibayar baki sebahagian wang tahanan yang telah diproratakan itu.

Had wang tahunan dikurangkan dengan bersesuaian.

Fasal 17: Menyerah Hak atau Subsewa

17.1 Sama ada Majikan atau Kontraktor tidak boleh menyerah haknya, kepentingnya,

atau faedahnya di bawah kontrak ini, tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada yang

satu lagi.

17.2 Kontraktor tidak boleh membuat subsewa ke atas mana-mana bahagian kerja tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Arkitek ( hendaklah tidak ditahan dengan tidak munasabah ).

Jika diberi, kebenaran itu tidak melepaskan Kontraktor dari mana-mana liability atau obligasi di bawah Kontrak ini mengenai SubKontraktor, ejen-ejen, pengkhidmat-pengkhidmat atau pekerja-pekerja.

Subkontraktor “buruh sahaja” tidak termasuk dalam takrif subsewa fasal ini, tetap Kontraktor masih bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka.

Fasal 18: Kecederaan Diri dan Kerosakan kepada Harta dan Menanggung Rugi Majikan

18.1 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi Majikan terhadap

Tuntutan atau prosiding berkenaan dengan kecederaan diri atau kematian yang berbangkit dari perlaksanaan Kerja melainkan disebabakan oleh Kecuaian Majikan atau orang-orang yang di bawah tanggungjawab Majikan.

18.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi Majikan terhadap kerosakan kepada harta tanah atau harta diri yang berbangkit dari perlaksanaan Kerja yang disebabkan oleh kecuaian Kontraktor, Subkontraktor atau ejen-ejen mereka.

Kecuali di mana Majikan sendiri menanggung risiko seperti dalam fasal 20[B] dan [C].

Fasal 19: Insurans Terhadap Kecederaan Diri dan Harta

19.1 Kontraktor dan Subkontraktornya hendaklah mengambil dan menyenggara insurans untuk melindungi liability Kontraktor dan Subkontraktor terhadap

· Kecederaan diri atau kematian [ iaitu insurans terhadap liability yang ditanggung di bawah fasal 18.2 ].

yang berbangkit dari perlaksanaan Kerja dan disebabkan oleh kecuaian Kontraktor, Subkontraktor atau ejen-ejen mereka dan bukan disebabakan oleh kecuaian Majikan atau orang-orang yang di bawah tanggungjawab Majikan.

19.2 Bila dikehendaki oleh Arkitek, Kontraktor hendaklah mengemukakan bukti bahawa insurans tersebut telah diambil dan disenggarakan: polisi-polisi berkenaan, resit pemium polisi, atau perakuan insurans dari syarikat yang mengeluarkan polisi tersebut.

19.3 Jika wang peruntukan sementara dinyatakan dalam Senarai Bahan bagi insurans fasal 19.1, Kontraktor hendaklah mengambil dan menyenggarakan insurans tersebut atas nama bersama Majikan dan Kontraktor. Insurans ini bagi melindungi Majikan dari apa-apa tuntutan mengenai kerosakan kepada har ta tanah atau diri berbangkit dari perlaksanaan Kerja yang bukan disebabkan oleh kecuaian Kontraktor. [Bukan disebabkan oleh kecuaian mana-mana pihak tetapi yang mana Majikan masih bertanggungjawab].

19.4 Kontraktor hendaklah mengambil insurans dalam fasal 19.3 dari syarikat insurans yang diluluskan oleh Arkitek dan Kontraktor mendepositkan polisi-polisi dan resit-resit premium bersama Arkitek.

19.5 Jika Kontraktor atau Subkontraktor mungkir mengambil atau menyambung insurans seperti yang dihendaki, Majikan sendiri boleh mengambil insurans tersebut dan memotong amaun premium dari wang yang kena dibayar kepada Kontraktor.

Fasal 20: Insurans Kerja Terhadap Kebakaran dan Lain-lain

20 [A] Bangunan baru jika Kontraktor yang perlu mengambil insurans.

20. A Kontraktor hendaklah mengambil insurans atas nama bersama Majikan dan Kontraktor terhadap kerugian dan kerosakan oleh sebab bencana-bencana tertentu :

· Bagi nilai sepenuh Kerja (ditambah peratusan yuran para professional).

· Bagi semua kerja yang dilaksanakan dan bahan dan barang tidak pasang yang ditempatkan di tapak bina atau berdampingan (tidak termasuk bangunan sementara, loji, alat dan kelengkapan kepunyaan atau sewaan Kontraktor atau Subkontraktor) ; dan

· Perlindungan insurans ini disenggarkan hingga Siap Kerja yang Praktikal.

Bencana-bencana tertentu yang dimaksudkan dalam fasal 20 adalah : kebakaran, rebut, taufan, petir, gempa bumi, kapal udara atau artikel yang gugur dari kapal udara, benda-benda dari udara, rusuhan dan kekacauan awam.

20. A.1 Syarikat insurans hendaklah yang diluluskan oleh Arkitek, dan Kontraktor hendaklah mendepositkan polisi-polisi dan resit-resit premium bersama Arkitek.

Jika Kontraktor mungkir mengambil atau menyambung insurans seperti yang dikenhendaki, Majikan sendiri boleh mengambil insurans tersebut dan memotong amaun premium dari apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor.

20.A.2 Kontraktor terlepas dari obligasi mengambil insurans tersebut (atas nama bersama Majikan) atau untuk mendepositkan polisi bersama Majikan, jika Kontraktor dengan sendiri telah mengambil dan menyenggara perlindungan insurans yang bersesuaian, polisi itu menepati syarat-syarat dan disahkan meliputi kepentingan Majikan, dan ada bukti-bukti dokumen tersebut.

20. A.3 Apabila selesai tuntutan insurans, Kontraktor hendaklah memulihkan Kerja yang rosak, mengganti bahan dan barang-barang tidak pasang, mengalih smapah sarap, dan menyiapkan Kerja seterusnya.

20. A.4 Kontraktor akan dibayar wang yang diterima dari pihak insurans (ditolak peratusan yuran professional, jika ada) secara ansuran melalui Perakuan Interim dan berhak menerima wang ini sahaja untuk kerja-kerja pemulihan tersebut.

20[B] Bangunan baru jika Majikan yang perlu mengambil insurans.

20. B.1 Majikan menanggung segala risiko kerugian dan kerosakan akibat bencana fasal 20 ke atas perlaksanaan Kerja dan bahan dan barang-barang tidak pasang (kecuali bangunan sementara, loji, alat dan kelengkapan kepunyaan atau sewaan Kontraktor atau Subkontraktor).

20. B.2 Majikan hendaklah menyenggara insurans yang bersesuaian terhadap kerugian dan kerosakan dari risiko tersebut. Kontraktor boleh meminta untuk memeriksa polisi dan resits premium tersebut.

20. B.3 Jika Majikan gagal menggemukakan resit polisi yang efektif, Kontraktor boleh mengambil insurans di atas nama dan bagi Pihak Majikan dan kos premium itu ditambah ke Jumlah Harga Kontrak.

20. B.4 Jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat bencana tersebut, kerugian ini tidak dimasukkan dalam pengiraan pembayaran kepada Kontraktor.

20. B.5 Kontraktor hendaklah memulihkan kerja yang rosak dan menyiapkan Kerja seterusnya. Kerja-kerja permulihan ini disifatkan sebagai kerja perubahan yang diarah oleh Arkitek.

20[C] Kerja-kerja pengubahan/tambahan untuk bangunan sedia ada.

20. C.1 Majikan menanggung segala risiko kerugian dan kerosakan akibat bencana fasal 20 ke atas struktur sedia ada termasuk isi kandungannya, perlaksanaan Kerja dan bahan-bahan dan barang-barang tidak pasang. (kecuali bangunan sementara, loji, alat dan kelengkapan kepunyaan atau sewaan Kontraktor dan Subkontraktor).

20. C.2 Majikan hendaklah menyenggarakan insurans yang bersesuaian terhadap kerugian dan kerosakan dari risiko tersebut. Kontraktor boleh meminta untuk memeriksa polisi dan resit premium tersebut.

20. C.3 Kontraktor boleh meminta untuk memeriksa polisi insurans dans resit premium yang diambil oleh Majikan. Jika Majikan gagal mengemukakan resit polisi, Kontraktor boleh mengambil insurans di atas nama dan bagi pihak Majikan. Bagi tujuan ini, Kontraktor berhak masuk untuk memeriksa dan membuat inventori ke atas struktur sedia ada dan isi kandungannya.Premium yang dibayar itu ditambah ke Jumlah Harga Kontrak.

20. C.4 Jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat bencana tersebut:

i. Kerugian ini tidak dimasukkan dalam pengiraan pembayaran Kontraktor.

ii. Mana-mana pihak boleh memberi notis (secara pos berdaftar atau serah hantar yang direkodkan) penamatan pengambilan kerja Kontraktor dalam 28 hari terjadinya sesuatu kerugian atau kerosakan.

Pihak yang satu lagi boleh meminta rujukan dibuat ke timbang tara mengenai penamtan tersebut dalam tempoh tujuh 7 hari dari penerimaan notis itu.

20. C.5 Apabila notis penamatan disampaikan atau penimbang tara menyokong penamatan, peruntukan fasal 26.2 (kecuali perenggan (ii) (f) berkuat kuasa.

20. C.6 Jika tiada notis penamatan disampaikan atau penimbang tara tidak menyokong penamtan:

i. Kontraktor hendaklah memulih kerja yang rosak dan menyiapkan Kerja seterusnya;

ii. Arkitek boleh mengeluarkan arahan mengalih segala sampah sarap; dan

iii. Kerja pemulihan dan pengalihan ini disifatkan sebagai perbuatan yang di arah oleh Arkitek.

Nota kaki – Potong mana-man fasal yang tidak berkenaan.


Older Posts