Blogger Template by Blogcrowds

Dokumen Kontrak mengandungi bahagian-bahagian berikut :

1.
Arahan Kepada Penender :
Maklumat dan arahan bagi penender

2.
Borang Tender:
Kontraktor mengisi harga tawaran dan tempoh pembinaan.

3.
Syarat-Syarat Membuat Membuat Tender:
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh penender semasa menender.

4.
Surat Setuju Terima :
Dikeluarkan kepada kontraktor yang Berjaya, menandakan penerimaan tawaran oleh Majikan.

5.
Artikel Perjanjian , Syarat-Syarat Kontrak dan Lampiran :
Perjanjian kontrak antara majikan dan kontraktor. Dokumen yang menerangkan hak dan obligasi pihak-pihak serta asas pengurusan kontrak.

6.
Spesifikasi :
Penerangan tahap kualiti bahan dan mutu kerja.

7.
Keperluan Permulaan :
Kontraktor menghargakan secara jumlah pukal bagi item-item dalam bahagian ini.

8.
Senarai Bahan :
Kerja-kerja terukur yang disediakan mengikut Kaedah Pengukuran Setara. Kontraktor memasukkan kadar harga dan pengiraan bagi bahagian ini.

9.
Ringkasan Tender :
Ringakasan Jumlah Tawaran yang kini menjadi Jumlah Kontrak. Ringkasan harga-harga yang dikumpulkan dari Keperluan Permulaan dan Senarai Bahan.

10.
Lampiran-Lampiran :

11.
Senarai Lukisan Kontrak :
Lukisan-lukisan yang digunakan semasa menender.

12.
Jadual-Jadual :
Kemasan, Pintu-Tingkap, Kelengkapan Pintu dan Saintari
Jadual sebagai huraian kepada lukisan-lukisan dan bagi memudahkan rujukan.

13.
Kadar Kerja-Hari, Harga Bahan-Bahan Asas, Jentera:
Butir-butir diisi oleh kontrak. Digunakan sebagai rujukan bagi kerja-kerja perubahan jika tiada kadar harga bagi sesuatu kerja.

14.
Maklumat Organisasi dan Pengalaman Kontraktor :
Butir-butir diisi oleh Kontraktor. Salah satu factor dalam pemilihan kontraktor.

15.
Borang Bon atau Gerenti Perlaksanaan :
Didapatkan oleh Kontraktor dan boleh menjadi prasyarat bagi perlaksanaan kontrak atau apa-apa bayaran.

16.
Lain-Lain Maklumat:

0 comments:

Newer Post Older Post Home